PELAN KECEMASAN

 

 



 

PELAN TINDAKAN KECEMASAN TINGKAT 1



PELAN TINDAKAN KECEMASAN TINGKAT 2


Surat lantikan ketua Insiden klik disini

Surat lantikan Jawatankuasa Insiden klik disini.

 

 


TUGAS AM PEGAWAI INSIDEN

1.         Mengemaskini senarai penghuni dan no. Bilik di zon masing-masing.
2.         Mengawasi semua kelengkapan pengesan dan pemadam kebakaran supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.
3.         Membuat pemeriksaan peralatan keselamatan seperti peti pertolongan cemas dan tanda arah keluar.
4.         Mengenalpasti  bilik dan menyemak pelan lantai di zon masing-masing.
5.         Menyelaras keselamatan penghuni semasa berlaku kemalangan, kebakaran atau kecemasan di zon masing-masing.
6.         Melaporkan segala kemalangan, kebakaran atau kecemasan di dalam Sistem Pelaporan Kemalangan (SPKem)

TINDAKAN / TUGAS PEGAWAI INSIDEN SEKIRANYA PENGGERA BERBUNYI:
1.         Kenalpasti Lampu Yang Menyala di Panel Penggera kebakaran:
Ø  MERAH – Alarm
Ø  OREN    -  Fault
Ø  BIRU      - Isolate
2.         Pada zon mana ?
3.         Semak pelan lantai / mimik
4.         Kenalpasti apa yang terbakar:
Ø  Dimana kebakaran...........
Ø  Apa yang terbakar............
Ø  Apa yang telah berlaku.....
5.         Pengesahan bunyi penggera.
6.         Sekiranya berlaku kebakaran, hubungi Pusat Kawalan Mahkamah dan Jabatan Bomba &Penyelamat Malaysia.







TINDAKAN / TUGAS PEGAWAI INSIDEN SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN:
1.         Kenalpasti lokasi kebakaran.
2.         Aktifkan loceng kecemasan kebakaran dengan memecahkan alat pecah kaca(Break Glass)
3.         Telefon Pusat Kawalan Keselamatan Mahkamah dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.
4.         Maklumkan kepada semua penghuni supaya keluar dari bangunan mengikut jalan yang selamat dan terdekat serta berkumpul di tempat yang telah dikenalpasti (Tempat Berkumpul).
5.         Pastikan semua penghuni telah keluar dari bangunan dengan membuat pemeriksaan ke semua bilik.
6.         Cuba padamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api yang sedia ada sekiranya keadaan mengizinkan iaitu tahu menggunakan alat pemadam api dan keadaan tidak membahayakan.
7.         pergi ke tempat berkumpul dan lakukan panggilan baris untuk pastikan semua penghuni telah  keluar dari bangunan.
8.         Maklumkan  kepada Ketua Operasi Kebakaran bilangan penghuni di bawah pengawasa.